SEJAK kebelakangan ini perkataan kolagen menjadi begitu sinonim
dengan kehidupan wanita. Banyak produk kesihatan yang dihasilkan
mengandungi kolagen yang didakwa mempunyai banyak khasiat untuk tubuh
terutamanya kulit.
Tubuh manusia sebenarnya menghasilkan kolagen sendiri namun ia akan
berkurangan dengan kadar 1.5 peratus pada setiap tahun selepas usia 25
tahun.
Kesan penurunan itu mula dirasa kira-kira 10 tahun kemudian bergantung kepada individu.
Selepas usia 45-50 tahun, tubuh akan kehilangan hampir separuh
daripada kolagen yang ada, membawa makna semakin tua seseorang itu maka
semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Itu tentang kolagen dalam tubuh, bagaimana pula kolagen itu membantu kecantikan terutama kulit wajah seseorang?
Pengarah Serantau Kajian & Penyelidikan Avon, Dr. Zhi Lu,
berkata, penemuan terbaru dari makmal Neostrata Company Inc telah
menemukan Amino-fill33 (A-F33), iaitu molekul anti penuaan pertama
seumpamanya dalam industri yang belum dimiliki sesiapa, biarpun ahli
dermatologi.
Katanya, penemuan terbaru molekul anti penuaan ini menjanjikan revolusi terkini dalam landskap penjagaan kulit.
"A-F33, sebenarnya merupakan unsur dari asid amino. Ia mempunyai
kesan yang tidak sama dengan bahan anti penuaan lain seperti asid
hidroksi alfa dan Co Q10, juga kolagen yang disuntik dalam tubuh
seseorang.
"Molekul A-F33 bertindak dengan cara menyekat mekanisme yang menghentikan pengeluaran fiber kolagen.
"Penghasilan fiber kolagen adalah penting kerana ia menggalakkan pertumbuhan kolagen yang baik.
"Dengan menyahaktifkan halangan kolagen kritikal dalam sel kulit
melalui kandungan molekul A-F33, kolagen yang tidak digunakan kembali
aktif," katanya pada majlis pelancaran Anew Clinical Pro Line Eraser Treatment.
Produk terbaru oleh Avon yang diperkaya dengan formula A-F33 ini
membantu mengurangkan kedutan dalam dan garis halus dalam hanya 14 hari.
"Pro-line Eraser yang mengandungi A-F33 dihasilkan khusus untuk menggalakkan penghasilan kolagen dalam masa hanya tiga hari.
"Ia juga sebagai stimulasi untuk penghasilan kolagen yang berfungsi
untuk membantu mengurangkan garis halus, kedutan dan keanjalan kulit,"
ujar Dr. Zhi Lu yang didatangkan khas dari Shanghai, China ke Kuala
Lumpur, baru-baru ini.
Beliau berkata, hasil kajian menunjukkan dengan penggunaan
berterusan, 100 peratus wanita menunjukkan perubahan dalam garis halus.
"Dalam satu lagi kajian kami mendapati sehingga 50 peratus perubahan
keseluruhan pada garis halus dan kedutan dalam masa 11 minggu.
"Kesan yang pantas dan lebih berkesan berbanding rawatan kedutan yang diinspirasikan dermatologi lain sebelum ini.
"Dari hasil kajian itu juga kami mendapati lima daripada 10 wanita yang mempertimbangkan prosedur kosmetik Anew Clinical Pro Line Eraser Treatment mengatakan serum ini memperbaiki kulit dan mereka membuat keputusan untuk menangguhkan prosedur kosmetik.
"Kedutan dalam mula pudar hanya dengan penggunaan dua minggu pertama
adalah sesuatu yang menakjubkan bagi anti-penuaan topikal," tambah Dr
Zhi Lu, yang berkelulusan dalam bidang kimia polimer dari Universiti
Pennsylvania.
Majlis turut dihadiri oleh Duta Anew, Soo Wincci dan pengguna Anew
Clinical Pro Line Eraser Treatment, Maria Tunku Sabri dan Nani Rostam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan